Kementerian Pendidikan Tinggi sedang mempertimbangkan untuk mengharamkan penggunaan vape di kampus universiti. Datuk Seri Idris Jusoh berkata beliau sudah mendapat taklimat daripada pakar dari Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), mengenai amalan vape yang bukan saja memberi kesan kepada kesihatan tetapi juga kepada sosial.
Katanya, Kementerian melalui UKM akan menjalankan kajian menyeluruh mengenai amalan vape itu yang kini menjadi budaya dalam kalangan pelajar universiti. "Kajian ini akan mengambilmasa kira-kira enam bulan dan hasilnya nanti akan saya bentangkan kepada Kabinet,"katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum dan Mesyuarat Meja BulatPegawai Jaminan Kualiti Muda ASEAN 2015. Beliau juga akan mengadakan perbincangan dengan Naib Canselor universiti mengenai perkara itu.
Seorang pengurus acara yang hilang secara misteri sejak lapan hari lalu akhirnya ditemui di sebuah hospital swasta di Damansara.
Mangsa, Shazlan Ariffin,39 pernah dilaporkan hilang dari rumahnya di kondominium Cita Damansara di sini, sejak Rabu lalu sebelum usaha mencari dilakukan berhampiran hutan oleh pasukan keselamatan.
Abang ipar mangsa berkata, pendedahan akhbar Harian Metro Selasa lalu, membolehkan mangsa dijejaki.
Menurutnya, seorang jururawat hospital swasta menghubungi dan meminta adiknya yang juga isteri mangsa datang ke hospital untuk pengesahan pagi semalam.
"Shazlan dikatakan mengalami sakit kepala teruk dan meminta jururawat itu menghubungi isterinya berpandukan nombor telefon yang disimpan di dalam beg duit".
"Adik saya, Azlina terus bergegas ke hospital berkenaan. Alhamdulillah Shazlan ditemui selepas hilang sejak lapan hari lalu," katanya.
Pemandu teksi yang menghantar pulang kanak-kanak yang diculik di Sungai Chua, Kajang, dibebaskan dengan bon polis, hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, tiga lagi suspek akan didakwa di Mahkamah Kajang, esok pagi mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961. Beliau berkata, pemandu berusia 40 tahun itu dibebaskan mengikut Seksyen 49 Kanun Prosedur Jenayah.
Pemandu teksi terbabit dibebaskan selepas polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikan dan tidak mempunyai kaitan dengan suspek dan kejadian culik berkenaan," katanya.
Kanak-kanak berusia lima tahun diculik dua lelaki ketika dihantar ibunya ke tadika di Taman Setia, Sungai Chua, 9 pagi, pada 9 Oktober lalu. Kanak-kanak itu bagaimanapun ditemui pemandu teksi terbabit berjalan seorang diri di Bukit Angkat Sungai Chua sebelum menghantarnya pulang ke rumah keluarga mangsa di Taman Cahaya Suria.
Suasana pilu menyelubungi kediaman nenek Puteri Nabila Azaman, Nik @ Salamah Abd Rahman, 77, di Kampung Raja, Chendering, di sini,sebaik van yang membawa jenazah bapa Puteri Nabila, Azaman Ramli, 49, dan dua adiknya, Aliff Hateem, 16 serta Aliff Hakim, 12, tiba pada 2 pagi tadi.
Jenazah mereka disembahyangkan di rumah itu pada 2.30 pagi sebelum diusung ke tanah perkuburan Islam kampung berkenaan yang terletak berhampiran rumah pada 2.50 pagi. Jenazah Aliff Hateem dan adiknya Aliff Hakim dikebumikan dalam satu liang lahad, manakala Azaman dikebumikan berhampiran kubur arwah bekas isterinya, Rohana Mohamad, 49, yang meninggal dunia dua minggu lalu. Kira-kira 300 orang termasuk saudara mara dan rakan sekerja arwah serta penduduk kampung hadir dan pengebumian selesai kira-kira 3.30 pagi. Jenazah isteri Azaman, Nur Akmal Mohd Zain, 49, anak Nur Akmal dengan suami terdahulu, Nor Amira Shahirah Alias, 22, dan anak angkat pasangan terbabit, Aqeel Muslim Abdullah berusia tiga tahun dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Lintang, Besut. Dalam kejadian 12.30 tengah hari semalam, enam sekeluarga itu maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan terperosok di bawah treler di Kilometer 258, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berdekatan Hentian Rawat dan Rehat Perasing di Jabor. Puteri Nabila tidak mengikut keluarganya yang terkorban dalam nahas itu kerana dia bakal menduduki peperiksaan kolejnya.
Penyanyi lagu All Of Me, John Legend memuat naik gambarnya bersama isteri, Chrissy Teigen di Instagram dengan caption yang lucu "we're pregnant". Kenyataan itu merujuk kepada isterinya yang juga supermodel yang sedang hamil. Pasangan ni bertunang pada Disember 2011 dan berkahwin pada 14 September 2013 di Como, Itali. Teigen memberitahu yang mereka telah berusaha untuk mendapatkan anak tetapi belum ada rezeki pada masa itu. So John Legend dan Teigen, tahniah buat korang berdua.
Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau dikenali sebagai Benjy ditahan polis di Pagoh kini disiasat kerana dipercayai terbabit dengan sindiket dadah yang mahu memindahkan makmal syabu mereka di KL ke daerah tersebut.
Ketua Polis Daerah Muar, Assiten Komisioner Azman Ayob berkata, ini berdasarkan penemuan pelbagai peralatan dan bahan kimia di dalam kenderaan pelakon itu yang biasanya digunakan untuk memproses syabu.
Benjy,37, ditahan bagi membantu siasatan kes berkaitan dadah dan berdepan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan kerana kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Pihak polis percaya mereka baru sahaja berpindah dari sebuah kawasan di MidValley ke daerah tersebut.
Jika dilihat pada kelengkapan, pusat pemprosesan baru untuk syabu ini mampu memproses dadah sehinggah 5 kilogram (kg) pada satu masa.
Anak tunggal kepada pelakon terkenal Allahyarham Azean Irdawaty itu ditahan semasa menaiki Honda Jazz dalam satu sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak di Pagoh pada pukul 1.40 pagi.
Bagi kebanyakan wanita, mempunyai kulit yang cantik merupakan perkara yang paling utama. Jom ikuti lima tips mudah penjagaan kulit muka untuk wanita. Eh! Lelaki pun boleh amalkan juga.
Elak Kerap Menyentuh Muka
Setiap gadis pasti ada tabiat buruk ini. Ubah sekarang! Buang tabiat ni jika nak kulit yang lebih cantik.
Tau tak yang tangan kita ni berkemungkinan besar mengandungi bakteria dan kotoran yang mampu menghilangkan seri pada wajah.
Mungkin juga tangan kita ni ada kotoran dan bakteria yang boleh membuatkan jerawat mulai tumbuh atau penyebab kepada penyakit lain seperti kurap.
Nak ke jadi macam tu? So ubahlah dari sekarang.
Kerap Basuh Sarung Bantal Pastikan sebarang benda yang bersentuhan dengan muka kita sentiasa bersih. Termasuklah sarung bantal. Bantal peluk ke bantal busuk ke, rajin-rajinlah basuh ye!
Dengan cara ni, kita boleh pastikan yang muka kita bebas dari sebarang sentuhan yang berisiko mempunyai bakteria dan kotoran yang mampu rosakkan kulit muka kita.
Cuci Telefon Bimbit Janganlah buat hal pergi rendam telefon awak tu!
Awak-awak semua tau tak yang penggunaan telefon bimbit ni lah yang sangat dekat dengan muka dan ia mampu meransang penambahan bakteria?
Haaa, jadi meh sini ikut petua. Cuci telefon bimbit awak tu dengan pad beralkohol.
Guna Kain Lembut Untuk Keringkan Muka
Gunakan kain atau tuala muka yang lembut. Jangan pakai tuala yang kita gunakan untuk lap badan tu. Sebab sesetengah tuala ni agak kasar dan boleh mengakibatkan luka kecil. So bakteria pun terkejar-kejar nak masuk.
Luka tu tak nampak pun tapi cukup jelas untuk si bakteria ni berlumba masuk. So lebih berhati-hati bila lap muka ye.
Pilih Pencuci Muka Yang Sesuai
Cuci muka pastikan dengan pencuci yang mengandungi salicyclic acid. Jangan malas baca apa yang tertulis dekat packaging tu!
Pastikan pencuci muka tersebut bersesuaian dengan kulit muka kita. Boleh jadi juga kerosakan yang terjadi dekat kulit kita adalah disebabkan penggunaan produk yang salah.