Vape diharamkan di kampus universiti?








Kementerian Pendidikan Tinggi sedang mempertimbangkan untuk mengharamkan penggunaan vape di kampus universiti. 

Datuk Seri Idris Jusoh berkata beliau sudah mendapat taklimat daripada pakar dari Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), 
mengenai amalan vape yang bukan saja memberi kesan kepada kesihatan tetapi juga kepada sosial.



Katanya, Kementerian 
melalui UKM akan menjalankan kajian menyeluruh mengenai amalan vape itu yang kini menjadi budaya dalam kalangan pelajar universiti. "Kajian ini akan mengambil masa kira-kira enam bulan dan hasilnya nanti akan saya bentangkan kepada Kabinet," katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum dan Mesyuarat Meja Bulat Pegawai Jaminan Kualiti Muda ASEAN 2015.

Beliau juga akan mengadakan perbincangan dengan Naib Canselor universiti mengenai perkara itu.



Related Posts
Latest