Ada juga yang komen buruk-buruk bila Awal & Scha menggunakan 'baby harness' pada Lara Alana. Mungkin mereka tak pernah ada anak lagi or belum kawin. Nak kawal anak yang baru belajar berjalan ni bukannya senang. Susah tau tak? Lagikan pula kalau dah nama pun anak selebriti, pastinya jadi tumpuan.
Tindakan Awal & Scha bukanlah untuk menyeksa anaknya tetapi lebih kepada demi keselamatan Lara sendiri. Budak pandai jalan ni, kakinya rajin nak melangkah. Tak peduli dah mak bapak ikut sekali atau tidak.