Lana Nodin Hamil Anak Sulung


Sinar kebahagiaan jelas terpancar di wajah pelakon, Lana Nodin, sejak mendirikan rumah tangga dengan warga Amerika Syarikat, Mohd Daud McKienzie, 35. Lana, 35, atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin mengesahkan beliau kini hamil anak sulung dan begitu teruja melalui pengalaman mengandung yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. 

"Saya tak tahu pun yang saya sedang hamil sehinggalah suami menegur tubuh saya semakin susut. Doktor mengesahkan saya hamil ketika menjalani pemeriksaan kerana sering tidak sedap badan. Bukan saja suami, ibu mentua dan kakak ipar antara orang yang paling gembira apabila tahu saya hamil. Setiap hari mereka akan bertanyakan mengenai kandungan saya. Alhamdulillah kami dikurniakan rezeki awal. Ikut perancangan kami mahukan anak selepas dua tahun berkahwin, tapi semua ini ketentuan Allah SWT dan kami bersyukur," katanya.



Lana mengakui semakin disayangi suami kerana itu dia diminta hanya duduk berehat dan tidak melakukan sebarang kerja berat.

"Suami memberikan layan istimewa kepada saya. Dia sangat mengambil berat dan kalau boleh menyuruh saya untuk duduk berehat saja.

"Oleh kerana itu kebanyakan gambar yang dimuat naik di Instagram hanya ketika memasak. Dia memang suka makan masakan Melayu, jadi sesekali saya sediakan untuknya," kata Lana. 

Finalis Pelakon Pembantu Wanita Terbaik ke-25itu melahirkan hasrat untuk bersalin di Malaysia, namun ia belum tentu dapat dilakukan memandangkan suaminya kerap bekerja di luar negara. 

"Jika kandungan sudah mencecah tujuh bulan, saya khuatir tidak boleh naik pesawat. Saya berharap waktu itu saya berada di sini. Malah, suami saya juga tidak menghalang sekiranya saya mahu bersalin di sini," katanya.

SUMBER BHARIAN

Related Posts
Previous
« Prev Post