Pengurus Acara Ditemui


Seorang pengurus acara yang hilang secara misteri sejak lapan hari lalu akhirnya ditemui di sebuah hospital swasta di Damansara.

Mangsa, Shazlan Ariffin,39 pernah dilaporkan hilang dari rumahnya di kondominium Cita Damansara di sini, sejak Rabu lalu sebelum usaha mencari dilakukan berhampiran hutan oleh pasukan keselamatan.

Abang ipar mangsa berkata, pendedahan akhbar Harian Metro Selasa lalu, membolehkan mangsa dijejaki.

Menurutnya, seorang jururawat hospital swasta menghubungi dan meminta adiknya yang juga isteri mangsa datang ke hospital untuk pengesahan pagi semalam.

"Shazlan dikatakan mengalami sakit kepala teruk dan meminta jururawat itu menghubungi isterinya berpandukan nombor telefon yang disimpan di dalam beg duit".

"Adik saya, Azlina terus bergegas ke hospital berkenaan. Alhamdulillah Shazlan ditemui selepas hilang sejak lapan hari lalu," katanya.

Sumber : Harian Metro

Related Posts
Previous
« Prev Post