Shukri Yahaya Kawin Cuti Lima Hari
Shukri Yahaya akan disatukan dgn bakal isterinya Tya Adnan pada 20 November 2015 di Putrajaya manakala resepsi persandingan bertemakan garden akan dilangsungkan pada keesokannya di Cyberjaya.
Busana Lumiere Concept menjadi pilihan untuk dikenakan di hari bahagia mereka.Tujuh dulang hantaran daripada Shukri akan dibalas dengan sembilan dulang oleh Tya.
Shukri menyatakan beliau lebih selesa dengan perkahwinan yang ringkas.
"Kalau ikutkan hati, saya nak buat akad nikah yang wajib saja dan kemudian ada keraian serba sedikit untuk menjamu tetamu serta saudara mara.
"..tapi kenalah juga ikut kehendak bakal isteri. Kalau pihak perempuan nak itu ini, saya kenalah ikut,. Tapi harap tak ada yang terlalu beria sangat. Insya-Allah ikut perancangan, semua majlis akan diadakan di ibu kota," katanya.
Shukri memberitahahu persiapan kahwin banyak yang diserahkan kepada bakal isteri dan keluarganya kerana kesibukannya melunaskan baki penggambaran drama episod Cik Cinderella Encik Tengku di samping Zahirah MacWilson bagi siaran TV3 slot Lestary.
"Saya akan cuti kawin pun mungkin dalam lima hari. Kemudian sambung balik penggambaran drama itu. Soal bulan madu pun kena tangguh dulu buat sementara waktu," katanya.